Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, Prebet Nur Shahrul Romli, 21, yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan lain. Empat lagi anggota tentera yang cedera ialah Mohd. Fazrin Mohd. Aini, 23; Muhammad Aiman Abd. Wahab, 21; Wan Muhammad Firdaus Wan Yahya, 21, dan Muhamad Hasnu Nawawi, 23.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, keĀ­semua lima mangsa itu menaiki kereta Proton Waja manakala empat lagi rakan mereka menaiki Perodua Viva yang berkonvoi pulang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas selepas bercuti di Kota Bahru sejak Sabtu lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.