Sehingga 31 Mac 2018, AUM di bawah organisasi ke­selamatan sosial itu sudah mence­cah RM814.38 bilion iaitu peningkatan hampir RM67 bilion berbanding suku pertama tahun 2017.

AUM merupakan jumlah nilai pasaran aset yang diuruskan sebuah syarikat pelaburan atau institusi kewangan yang diuruskan bagi pihak pelabur.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias berkata, selain ­prestasi pasaran dan pertumbuhan simpanan, pihaknya akan mempelbagaikan lagi skim caruman kepada ahli sedia ada dan menarik ahli-ahli baharu termasuk dalam golo­ngan di luar sektor pekerjaan formal seperti pekerja bebas.

“Skim-skim bersifat sukarela yang ditawarkan adalah bagi memastikan keselamatan dan perlindungan sosial segenap usia ahli dengan mendekati individu seawal mereka mula bekerja.

“Daripada bersifat mewajibkan, saya merasakan agar lebih baik kita menggalakkan caruman secara sukarela untuk memberi kesan dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan simpanan masa depan,” katanya kepada pemberita pada acara Persidangan Keselamatan Sosial 2018 di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.