Beliau berkata, aset Ang­katan Tentera Malaysia (ATM) kini agak terkebelakang berbanding beberapa negara serantau seperti Vietnam dan Indonesia.

“Kedudukan laut, udara dan sebagai­nya di Asia Tenggara, kita berada di tempat pa­ling bawah.

“Vietnam jauh ke hadapan manakala Indonesia di tempat nombor satu,” katanya pada sesi Waktu Perta­nyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson) mengenai masalah perolehan aset ketenteraan berikutan peruntukan terhad Kementerian Pertahanan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, keadaan itu berbeza sama sekali semasa era 70-an ketika kuasa ketenteraan Malaysia dikategorikan sebagai antara yang terkuat di rantau Asia Tenggara.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.