Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam As-Sofa (KIS), Mohd. Sufi Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, seramai 27 orang graduan menerima Sijil Tahfiz al-Quran.

Katanya, seramai 11 graduan berjaya menamatkan pengajian di Akademi Turath Kolej Islam As Sofa (ASIL) bagi melengkapkan elemen turath di KIS.

"Sebanyak 43 orang pelajar berjaya menghafaz Matan Kharidah Al Bahiyyah, 93 orang pelajar yang berjaya mengkhatamkan kitab Syifa Bi Ta’rif Huquq Al Mustafa, hafaz syair mengebai kemuliaan Nabi Muhammad SAW, Burdah al-Busiri (54), matan Jauharah al-Tauhid (5), Matan Alfiyah Ibn Malik (seribu teks Ibn Malik, 4) dan seorang pelajar yang berjaya menghafaz matan Jazari di dalam bidang Al Quran.

"Justeru dengan memegang sistem isnad dan tradisi ilmu Islam, ia adalah kepercayaan kami bahawa As-Sofa dapat memenuhi peranan yang penting dalam membangunkan kapasiti intelektual dan spritual pelajarnya, membawa mereka lebih dekat dengan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber utama pengetahuan dalam agama Islam," katanya ketika berucap pada majlis tersebut di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Pendidikan As-Sofa, Datuk Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin ulama jemputan dari Mesir merangkap Penasihat Kehormat KIS, Dr. Sayyid Nafi' Al Arabi Al Sanusi.

Menurut Mohd. Sufi, As Sofa sangat komited dalam melahirkan penghafaz al-Quran dengan meletakkan sasaran melahirkan seramai 100 penghafaz setiap tahun bermula tahun 2019. 

Tambahnya, pada tahun ini sahaja pihaknya telah menghasilkan 65 penghafaz al-Quran dan dutambah pula dengan kesudian kerajaan Maghribi mengiktiraf pendidikan Al Quran di As Sofa sehingga ditawarkan 6 lagi kuota bagi pelajar yang mengikuti bidang Qiraat serta mendapat tajaan Kementerian Wakaf Diraja Maghribi. - K ONLINE