Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, langkah berkenaan melibatkan pembukaan laluan kenderaan berat kepada kenderaan ringan pada hari Sabtu dan Ahad.

Katanya, arus fleksibel tersebut bakal dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pengubahsuaian kemudahan untuk kegunaan kenderaan ringan dibuat di BIS.

"Kebiasaanya, pada Sabtu dan Ahad laluan lori kurang digunakan meliputi enam pos pemeriksaan Imigresen bagi keluar dan masuk ke Tambak Johor.

"Justeru, laluan berkenaan (lori) boleh digunakan untuk kenderaan ringan, namun kita perlu melakukan pengubahsuaian seperti penghadang lori yang tinggi, pemasangan pengimbas caj kenderaan dan rekabentuk pos imigresen yang perlu dilakukan terlebih dahulu," katanya.

Belliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong, Pengarah Imigresen Johor, Datuk Rohaizi Bahari dan Pengarah JPJ Johor, Mohd. Rusdi Mohd. Darus. - K! ONLINE