Kapal yang didaftarkan di Republik Palau itu ditahan pada jarak 2.4 batu nautika dari muara terbabit kira-kira pukul 11.15 pagi.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kapal berkenaan ditahan selepas menerima maklumat terdapat sebuah kapal korek pasir yang mencurigakan di perairan terbabit semasa melakukan Op Ehsan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kapal korek pasir tersebut beroperasi tanpa kebenaran oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta Ketua Pengarah Jabatan Laut.

"Kita turut menahan lima kru kapal warga China berumur 33 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Kes kini disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. - K! ONLINE