Pengarah Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bot nelayan tempatan itu ditahan sewaktu menangkap ikan pada kedudukan 21 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

"Sebuah kapal maritim, KM Nusa sedang melakukan rondaan telah terserempak dengan bot nelayan kelas C terbabit yang sedang menangkap ikan di zon tidak dibenarkan berkenaan.

"Seramai lapan nelayan warga Thailand berusia dalam lingkungan 26 hingga 51 tahun yang berkerja di bot nelayan tempatan telah ditahan untuk membantu siasatan," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Muhammad Saufi berkata, pemeriksaan juga mendapati kesemua nelayan warga asing itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Menurut beliau, APMM turut merampas hasil laut berupa sotong dan ikan pelbagai jenis dianggarkan seberat lima tan dan 3,000 liter minyak diesel. - K! ONLINE