Bot nelayan kelas C itu ditahan oleh sebuah bot peronda dinaiki  pasukan penguat kuasa APMM sewaktu awak-awaknya sedang leka menangkap ikan pada kedudukan 17 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu pada pukul 1.35 petang.

Pengarah Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, seramai empat nelayan termasuk tekong bot nelayan itu yang kesemuanya warga Thailand turut ditahan.

"Kesemua nelayan warga asing berusia dalam lingkungan 26 hingga 50 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Siasatan mendapati mereka yang mempunyai permit kerja sah digaji sebagai nelayan bot kelas C terbabit yang menggunakan pukat tunda," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, bot nelayan kelas C terbabit ditunda ke Jeti Pejabat Maritim Terengganu di sini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 (b) 1985 Akta Perikanan. - K! ONLINE