Berdasarkan maklumat awal daripada kapten dan beberapa kru kapal itu, mangsa dipercayai terjun ke dalam laut akibat tekanan emosi.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, kru warga India berkenaan, Ajit Kumar, 36, diselamatkan pada pukul 12.40 tengah hari selepas terjatuh dari kapal NYK Daniella yang berpangkalan di Singapura.

"Anggota penguat kuasa APMM berjaya menemui dan menyelamatkan mangsa pada pukul 12.40 tengah hari.

"Mangsa yang keletihan seterusnya diserahkan kepada kapal NYK Daniella untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE