Pengarah APMM Wilayah Timur, Datuk Zulkarnain Mohd. Omar berkata, penenggelaman bot nelayan asing untuk dijadikan tukun tiruan itu merupakan yang pertama buat Pantai Timur pada tahun ini.

"Bot nelayan asing berkenaan yang disita sebelum ini kerana terlibat dalam aktiviti pencerobohan ke perairan negara untuk menangkap ikan secara haram telah dilucut hak oleh mahkamah baru-baru ini.

"Berdasarkan peruntukan undang-undang negara ini, setiap bot nelayan asing yang dilucut hak akan dilupuskan dengan cara ditenggelamkan agar menjadi tukun tiruan di perairan negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan proses pelupusan tersebut di Pengkalan Maritim Kemaman, Kuala Kemaman dekat sini hari ini. 

Turut hadir Pengarah Pengkalan Maritim Kemaman, Muhammad Rezal Kamal Bashah. - K! ONLINE