Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pada ketika ini, terdapat 1,265 pegawai lantikan tetap di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut hanya 576 pegawai daripada skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP).

"Pertambahan ini dilihat wajar dengan mengambil kira peranan dan tanggungjawab APM dalam memberi perkhidmatan bantuan kecemasan antaranya Malaysian Emergency Response Service 999 (MERS 999), pasukan penyelamat pantai, dan penugasan bersama beberapa agensi keselamatan dan peguatkuasaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang bertanya adakah APM bercadang untuk menambah bilangan perjawatan bagi pegawai tetap pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Shahidan berkata, permohonan perjawatan pegawai tetap itu juga sejajar dengan sasaran tiga juta anggota sukarelawan APM pada akhir tahun ini.
Namun katanya, pertimbangan tersebut masih tertakluk kepada kelulusan jemaah menteri, dasar perkhidmatan awam dan kedudukan kewangan semasa negara. - Bernama