Pengarahnya, Zainuddin Hussin berkata, angka itu dijangka meningkat ekoran cuaca panas dan kering sebelum berakhirnya musim monsun timur laut pada penghujung bulan ini.

Beliau berkata, kebiasaannya haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking akan keluar dari habitatnya dan mencari kawasan lebih sejuk untuk berlindung daripada cuaca panas kering.

"Antara yang jadi sasaran haiwan ini ialah di dalam rumah, stor atau taman yang lebih sejuk.

"Selain itu, di kawasan berkenaan juga mungkin ada sumber makanan seperti tikus serta haiwan kecil lain," katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama