Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pelancaran aplikasi tersebut merupakan salah satu langkah untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai lokasi pasar tani di seluruh negara secara dalam talian.

Jelasnya, melalui aplikasi itu, pengguna boleh mengetahui produk-produk tempatan yang dijual di sebanyak 986 lokasi pasar tani di seluruh negara.

“Pengguna boleh memperoleh maklumat mengenai di setiap lokasi pasar tanu seperti harga semasa untuk produk yang dijual dan waktu operasinya.

“Ia juga dibina seperti aplikasi peta dan pengguna boleh memandu dengan berpandukan petunjuk untuk ke setiap lokasi pasar tani. Selain itu, pengguna dapat melihat komen mengenai perkhidmatan di setiap lokasi pasar tani di seluruh negara sebagai panduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah, Pasar Tani Kekal (PTK) Kampung Gajah di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Perseketuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. - K! ONLINE