Tahukah anda, deria pendengaran tidak terbatas kepada telinga sahaja? Malah, melalui perkembangan teknologi, ia mampu membantu umat Islam yang mempunyai kelainan pendengaran untuk ‘mendengar’ dengan mengubah gelombang bunyi menjadi corak cymatic dan membolehkan mereka ‘melihat’ serta ‘merasai’ bunyi melalui getaran haptik.

Diilhamkan daripada keperluan mereka untuk mendengar, Maxis memperkenalkan aplikasi Deria Takbir yang membolehkan komuniti kelainan pendengaran buat pertama kalinya merasai pengalaman bertakbir melalui corak cymatic dan getaran haptik.

 

 

Deria takbir

Aplikasi Deria Takbir menukar bunyi pada waktu nyata kepada getaran haptik dan corak cymatic untuk membawakan pengalaman paling hampir dengan takbir raya kepada komuniti kelainan pendengaran beragama Islam.

Sepanjang membangunkan aplikasi tersebut, Maxis bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk memahami dengan lebih mendalam masalah dan cabaran yang dihadapi komuniti tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Ketua Bahagian Jenama dan Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong berkata, pihaknya ingin mewujudkan suasana hari raya yang cukup bermakna dengan memanfaatkan teknologi terkini supaya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Kami mendapati kempen Raya Maxis kali ini amat bermakna berikutan penglibatan ramai pihak untuk menjayakannya seperti pihak iPhone untuk capaian peranti hingga ke MFD yang banyak membantu kami memperoleh maklumat berharga dan Ustaz Mohammad Khairul dengan khidmat nasihat berkaitan Aidilfitri serta semua pihak yang memberi kami inspirasi untuk kempen ini.”

“Selain itu, kami sentiasa mencari inisiatif untuk berkongsi teknologi yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian masyarakat Malaysia dan kempen ini adalah salah satu contoh komitmen kami,” katanya.

Bukan itu sahaja, Maxis turut melancarkan kempen bagi meningkat kesedaran masyarakat terhadap komuniti kelainan pendengaran dengan menerbitkan filem pendek raya, Deria Takbir Raya.

Mengisahkan mengenai cabaran dan masalah yang dihadapi seorang budak kelainan pendengaran bernama Faiz dalam menjalani kehidupan hariannya. Pada pagi raya, bapanya memberikannya sebuah iPhone yang dilengkapi dengan aplikasi Deria Takbir dan pertama kali dalam hidupnya, Faiz dapat merasai pengalaman bertakbir raya bersama orang ramai.

Deria takbir
 

Kerjasama Maxis dengan pelbagai pihak dalam kempen Raya Maxis kali ini terutama golongan kelainan pendengaran merupakan usaha murni bagi merealisasikan harapan segenap lapisan masyarakat tidak mengira status sosial.

Aplikasi Deria Takbir amat mudah digunakan dengan hanya muat turun aplikasi tersebut di Apple Store, buka kebenaran aplikasi untuk akses mikrofon pada iPhone bagi membolehkan peranti mengesan bunyi takbir raya.

Sementara itu, aplikasi tersebut boleh dimuat turun di Play Store sebelum buka kebenaran untuk diakses mikrofon pada mana-mana telefon bimbit pelbagai jenama bagi membolehkan peranti mengesan bunyi takbir raya.

Layari maxis.com.my/DeriaTakbir untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kempen Raya Maxis tahun ini.