Mohamed Apandi selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Saibullah M.V Nathan&Co de­ngan menamakan Kit Siang sebagai defendan tunggal di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Julai lalu.

Berdasarkan salinan penya­taan tuntutan yang diperoleh media semalam, Mohamed Apandi mendakwa, defendan telah me­nulis dan menyebabkan penyia­ran atau penerbitan artikel bertajuk Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity dalam portal berita, Malaysiakini pada 6 Mei lalu.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.