Beliau berkata, pihak kementerian dimaklumkan terdapat individu atau entiti yang menjalankan aktiviti pengorekan bauksit secara haram dalam tempoh moratorium.

“Memandangkan aspek pe­nguatkuasaan perlombongan ha­ram adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, pihak kementerian akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang dalam menangani isu berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas dengan tidak mengeluarkan lesen eksport ke atas mana-mana pihak yang tidak mematuhi tempoh moratorium,” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.