Bagaimanapun,  Anwar berkata, terdapat keperluan untuk membetulkan "ketidakadilan dan keputusan tidak adil" berhubung perbicaraannya.

"(Saya fikir bahawa) Jika terdapat sebarang pertimbangan bagi keadilan juga terdapat keperluan untuk membetulkan sebarang kesalahan yang ada.

"Sehubungan, itu ketua-ketua badan kehakiman kini perlu mengambil tindakan segera yang perlu," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas pelancaran buku tentang pendakwaan terhadap beliau dan kemudiannya dibebaskan dari penjara.

Ditulis oleh peguam Australia Mark Trowell bertajuk 'Anwar Returns: The Final Twist. The Prosecution and Release of Anwar Ibrahim", buku itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri ,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri  Anwar.

Anwar mengulas kenyataan bekas peguamnya  SN Nair dalam media semalam yang menggesa diadakan inkuIri terhadap sabitannya, menyatakan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengampunan penuh ke atas  Anwar atas asas salah laksana keadilan.

Menurut Nair, ia kemudian perlu disusuli dengan semua hakim yang mensabitkan Anwar atas tiga pertuduhan adalah bersalah kerana tidak melaksanakan keadilan mengikut undang-undang dan telah gagal mendukung sumpah mereka sebagai hakim. - Bernama