Beliau berkata, ini adalah kerana ramai pelancong yang datang ke Putrajaya untuk melihat keindahan senibina tetapi mereka tidak bermalam memandangkan tidak ada aktiviti menarik yang boleh mengikat mereka untuk menginap di sini. 

"Saya yakin aktiviti kesenian dan pertunjukan pentas yang sihat serta persembahan teater yang positif boleh mengikat lebih ramai pelancong untuk datang dan menginap juga di hotel-hotel kita di Putrajaya," katanya ketika melancarkan program [email protected] Jejak Sisiran ( Re-discovery City Trail ) di Presint 1 di sini hari ini. 

Menurutnya, konsep  persepakatan menerusi program-program agenda tempatan ini diharapkan dapat diteruskan bagi meningkatkan persekitaran fizikal kawasan-kawasan berpotensi di Putrajaya seperti di City Trail ini supaya lebih dikenali.  

"Konsep "placemaking’’ ini merupakan pendekatan yang baik bagi meningkatkan daya tarikan kawasan-kawasan lapang di Putrajaya supaya lebih dikunjungi," katanya, sambil menambah program ini turut membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk tempatan. - Bernama