Hakim Ainul Shahrin Mohamed membuat keputusan itu selepas tertuduh, [email protected] Dusin, 53, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut. Dia gagal membayar denda tersebut.

Dia dihantar ke Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini dan diarah menjalani hukuman bermula semalam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dilucut hak sebagai pemilik anjing berkenaan dan haiwan itu kini ditempatkan di Persatuan Mencegah Kekejaman terhadap Haiwan (SPCA) Kota Kinabalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dituduh mendera anjing tersebut di rumahnya di Taman Pantai Lok Kawi, Sabindo Kinarut di Papar antara pukul 2 petang hingga 8.30 malam, 19 Januari 2017.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.