Baginda bertitah, Pahang bersedia menaikkan taraf Mahkamah Syariah yang selama ini hanya dipandang ringan memandangkan bidang kuasa­nya hanya untuk hal ehwal ­agama Islam.

“Kebelakangan ini banyak pihak yang hanya tahu mempersoalkan kewujudan Islam atau sistem Mahkamah Syariah.

“Tujuan utama adalah untuk menaikkan imej Mahkamah Syariah dan menjadi misi jangka panjang terutama dalam memperketatkan undang-undang syariah dan hukum syarak,” titah baginda selepas merasmikan Masjid As Sobirin di Felda New Zealand di sini semalam.

Masjid berharga RM2 juta itu boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Ia siap sepenuhnya pada tahun ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.