Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, program yang turut disertai oleh Rakan Sukarelawan Coop Malaysia itu merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) Angkasa untuk menceriakan kanak-kanak menyambut Aidilfitri biarpun berada di hospital.

“Lawatan amal ini merupakan salah satu usaha Angkasa untuk memupuk kesejahteraan masyarakat dan meningkatkan semangat keprihatinan.

“Amalan menziarahi pesakit wajar diteruskan untuk memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga mereka,” katanya ketika mengadakan lawatan di wad berkenaan hari ini.

Dalam Program tersebut, seramai 70 orang petugas turut menerima buah tangan sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan wad tersebut.

Majlis tersebut turut dihadiri Naib Presiden Angkasa, Datuk Che Mohd. Shukree Che Isa, Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Angkasa, Nasir Khan Yahaya dan Pakar Perubatan Kanak-kanak Pediatrik PPUM, Azriyanti Anuar Zaini. - K! ONLINE