Menurut Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd. Jamil Mat Daud, setakat ini pihaknya hanya berupaya memadamkan kebakaran di kira-kira 10 peratus daripada kawasan terjejas.

"Pihak kami menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.28 petang semalam dan 14 anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak di paras ketinggian 260 meter dari aras laut itu.

"Kawasan yang terbakar merebak berikutan keadaan cuaca panas dengan angin berkelajuan 15 kilometer sejam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, operasi turut dibantu oleh lebih 50 anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk malim gunung.

Beliau berkata, operasi pemadaman akan diteruskan hari ini dengan penggunaan helikopter.

Punca kebakaran masih belum diketahui namun pihak bomba tidak menolak kemungkinan ia disebabkan oleh aktiviti pendakian, katanya. - Bernama