Perintah tahanan reman ke atas anggota polis lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Shah Alam, P. Sarulatha, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 11 pagi.

Menurut sumber, anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ditahan selepas hadir memberi keterangan di SPRM Selangor, semalam.

Katanya, kegiatan berkenaan dipercayai dilakukan sejak 2015 hingga 2016.

"Anggota polis berkenaan dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah bagi urusan mendapatkan pengurangan harga saman di JSPT Bukit Aman,"katanya di sini hari ini.

Kata sumber itu, penahanan berkenaan dibuat susulan tangkapan yang 
dilakukan membabitkan tiga anggota polis trafik Bukit Aman pada 4 September lalu.

Jelasnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi Kosmo! Online mengesahkan  perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut. - K! ONLINE