Buat pertama kali, 15 anggota dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dijemput menghadiri mesyuarat tahunan tidak formal Majlis Keselamatan PBB di Backakra, Sweden yang merupakan ahli tidak tetap jawatan kuasa itu.

Wakil khas PBB untuk Syria, Staffan de Mistura dijangka hadir pada hari ini.

“Kami berdepan perbezaan pendapat yang sangat serius dalam isu Syria,” kata Guterres sejurus tiba bersama duta-duta.

“Kami benar-benar ingin mencari penyelesaian terhadap pencabulan undang-undang antarabangsa mengenai penggunaan senjata kimia,” kata Guterres sebaik tiba bersama duta-duta.

Rumah ladang itu merupakan milik bekas timbalan setiausaha agung PBB, Dag Hammarskjold yang meninggal dunia dalam nahas udara di Afrika pada tahun 1961.

Majlis Keselamatan juga ingin membincangkan bagaimana untuk mengukuhkan dan menjadikan misi pengaman PBB lebih efektif, kata kerajaan Sweden.

Menteri Luar Sweden, Margot Wallstrom mengalu-alukan keputusan untuk mengadakan mesyuarat di Sweden yang merupakan tradisi dalam pencegahan konflik dan penyelesaian secara aman.

Namun, beliau memberi amaran supaya tidak terlalu berharap isu Syria akan selesai menjelang hujung minggu ini. - AFP