Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Izman Adnan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, anggota bomba yang dikenali sebagai Mohd. Padil Mohd. Eksan dikatakan sedang menarik hos untuk memadamkan kebakaran sebelum terjerlus dalam kawasan yang lembut kerana dipenuhi air dan sampah.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan ditarik keluar oleh anggota bomba lain dalam tempoh antara dua ke tiga minit, tiada sebarang kecederaan dilaporkan tetapi mengalami trauma.

"Ketika kejadian anggota bomba terbabit sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di tapak pelupusan haram tersebut bagi memastikan api dapat dikawal segera," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Izman, kebakaran di tapak pelupusan haram di kawasan seluas lebih satu ekar tersebut telah berlarutan selama empat hari sejak 11 Februari lalu dan 10 anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian. - K! ONLINE