Pegawai Perhubungan Awam APM Sarawak, Leftenan Hafizul Samah berkata, dalam kejadian sekitar pukul 4 pagi, Lans Koperal (PA), Kamisah Rais, 30, cedera pada jari tengah selepas dipatuk reptilia itu.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama tiga anggota lain sedang menangkap ular itu selepas APM menerima panggilan daripada penghuni rumah berkenaan pada pukul 2.25 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, semua anggota APM yang terlibat terus menjalankan operasi menangkap kerana ular itu kelihatan seperti menjalar ke kawasan tebing.

“Ketika berjaya ditangkap menggunakan penjerut, ular sawa tersebut bertindak agresif dan mematuk mangsa yang mengetuai operasi tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.