Zuraidah Abdul Salam, 40, berkata, anaknya itu dipercayai terasa hati dan berbuat demikian selepas dinasihatkan mengenai tingkah lakunya.

Menurutnya, dia menasihatkan remaja itu semasa kawasan rumahnya bergelap ekoran bekalan elektrik di Kampung Rahmat terputus.

"Awalnya, saya ingatkan dia mendengar nasihat itu, maklumkan dalam suasana yang gelap-gelita.

"Namun saya jadi saya hairan kenapa dia tidak datang ke tempat kami sedang berkumpul 
yang mempunyai cahaya pelita, ini kerana Zulaikha Balqis seorang penakut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zuraidah memberitahu, dia kemudian terus ke bilik anaknya itu sebelum terkejut apabila mendapati Zulaikha Balqis tiada.

Katanya, pada peringkat awal dia beranggapan Zulaikha Balqis telah pergi ke rumah datuknya yang terletak di belakang rumah.

"Saya ingatkan dia berada di kawasan sekitar. Namun pada keesokan harinya, Zulaikha Balqis tidak pulang dan selepas 24 jam saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

"Pulanglah kakak, umi tak marah. Umi tegur bukan sebab benci atau marah, umi buat begitu sebab sayangkan kakak," rayu Zuraidah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah terserempak dengan Zulaikha Balqis
boleh menghubungi Zuraidah di talian 018-2311889. - K! ONLINE