Jurucakapnya, Norlida Daud mendakwa, Caprice didakwa telah menghina rakyat Kelantan melalui video di laman Instagramnya dengan mengatakan mereka tiba-tiba pandai bahasa Inggeris dengan menghadiri ceramah penceramah bebas, Dr. Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini.

Dakwanya, kenyataan ego selaku artis tempatan yang tidak berasas itu jelas telah menyinggung perasaan rakyat Kelantan.

"Pada ruangan komen instagramnya, artis berkenaan telah mengeluarkan komen yang menghina rakyat Kelantan dengan mengatakan Kelantan adalah negeri terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedophilia.

"Sebagai pencinta keamanan, kami amat risau sekiranya tindakan ini akan mengundang suasana tidak baik dan persepsi buruk kepada masyarakat Kelantan," dakwanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Norlida dan ahli persatuan telah membuat beberapa laporan polis semalam bagi menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas artis berkenaan.

"Kami memohon pihak polis menyiasat apakah tujuan sebenar beliau mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal sedemikian dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya. - K! ONLINE