Dia yang merupakan anak kepada Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad di Negeri Sembilan, Abd. Kadir Husin, 43, menitiskan air mata selepas mengetahui mendapat keputusan cemerlang 6A dalam peperiksaan tersebut.

"Saya memang berusaha sebaik mungkin dalam peperiksaan ini dan sangat gembira mendapat 6A. Ini adalah berkat doa ibu bapa dan bantuan para guru," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Damia Nabilah berkata, antara resepi kejayaannya dalam UPSR adalah memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran sepanjang berada dalam kelas selain sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T

Sementara itu, Abd. Kadir berkata, beliau tidak pernah memberi tekanan kepada anak sulung daripada tiga beradik itu dalam berhadapan peperiksaan UPSR sebelum ini.

Beliau sebaliknya cuma memberi sokongan dan menasihati anak perempuannya itu melakukan yang terbaik dalam peperiksaan berkenaan.

"Saya dan isteri, Masliza Mahidudin, 40, gembira melihat anak kami gembira. Kejayaan itu adalah kejayaan miliknya dan kami sebagai ibu bapa tumpang berbangga," katanya. - K! ONLINE