Keputusan itu dibuat Mahkamah Agung negara itu kelmarin selepas mengekalkan keputusan sebelum ini yang memerintahkan doktor gigi itu yang menggunakan nama keluarga Chu, 41, perlu mematuhi kontrak perjanjian pembayaran balik semua kos yang dikeluarkan oleh ibunya bagi membesarkannya.

Chu dan ibunya yang menggunakan nama keluarga Luo menandatangani kontrak perjanjian itu 20 tahun lalu.

Luo yang merupakan plaintif telah bercerai dengan suaminya sekitar tahun 1990 dan terpaksa membesarkan Chu seorang diri.

Plaintif mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinannya itu. Chu dalam kes di Mahkamah Agung semalam merupakan anak bongsu Luo.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.