Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Tan Lai Kim, 36, selepas pemandu lori itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang merupakan bapa kepada seorang anak dihukum penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Leong Ah Hua, 65, yang kudung tangan kanan hingga ke paras siku dengan menggunakan air panas di sebuah flat Taman Jinjang Baru, Jalan 9/32, Taman Jinjang Baru, di sini pukul 10 pagi pada 17 Julai lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.