Baginda bertitah, anak-anak daripada keluarga pelarian tidak seharusnya menjadi mangsa dan menanggung penderitaan disebabkan perbuatan yang bukan dilakukan oleh mereka.

"Dunia sedang menyaksikan krisis orang pelarian secara besar-besaran dengan jutaan manusia terpaksa berpindah-randah, mencari perlindungan di tempat-tempat yang lebih selamat, berkhemah di sempadan-sempadan negara atau cuba menembusi sempadan negara-negara jiran.  

"Dan ketika ini, terdapat 150,000 orang pelarian dari Myanmar, Palestin, Syria, Yaman, Iran, Sri Lanka, Pakistan dan Afghanistan di negara ini.  25,000 orang atau 17 peratus daripada jumlah tersebut berada di bawah usia 18 tahun dan hanya 30 peratus daripada jumlah itu yang berusia di bawah 18 tahun, berpeluang mengikuti pelajaran di pusat-pusat pembelajaran komuniti," titah baginda.

Tuanku Zara bertitah demikian ketika berucap merasmikan Kongres ke-40 Persatuan Pediatrik Malaysia, yang berlangsung selama empat hari bermula semalam, di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini, hari ini. - K! ONLINE