Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, sokongan dan keyakinan itu juga ditujukan pentadbiran yang diterajui beliau yang berkeupayaan memimpin Selangor ke arah kemajuan lebih tinggi sekali gus menjamin kemaslahatan rakyat negeri ini.

"PH Selangor turut menolak sekeras-kerasnya desas-desus yang ditimbulkan akhir-akhir ini terutamanya melibatkan usaha menggantikan Speaker 

Dewan Negeri Selangor (Ng Suee Lim) , keretakan hubungan parti komponen dan juga usaha menggugat kepimpinan Amirudin. 

"Desas-desus ini mempunyai agenda jahat dari musuh politik bagi memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian dalam PH Selangor," katanya ketika membaca kenyataan bersama Mesyuarat Dwibulanan kali ketiga di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini. 

Turut hadir adalah Suee Lim, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid, Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim dan Timbalan Presiden DAP, Gobind Singh Deo. 

Borhan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat memberitahu, kesemua komponen PH Selangor sepakat meneruskan gerak kerja dalam melaksanakan agenda untuk manfaat rakyat dan negeri. 

Ujar beliau, PH Selangor mengulangi tekad dan keazaman untuk Selangor terus maju sebagai sebuah Negeri Pintar Terulung menjelang 2025. 

"Kami bertekad untuk meneruskan usaha menggarap dan melaksanakan polisi-polisi yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri serta memastikan kebajikan rakyat terbela.

"Justeru, amatlah mustahak kesentosaan, ketenteraman serta kestabilan negeri ini dipelihara demi aspirasi pembangunan ekonomi negeri dan juga kemaslahatan rakyat," katanya. 

Ketika ditanya pemberita, adakah sebarang perbincangan berkaitan usul pindaan Enakmen Negeri berkaitan penukaran agama kepada Islam secara sepihak, Borhan menjelaskan isu itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. - K! ONLINE