Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan itu yang berlaku pada pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata, ambulans tersebut yang membawa seorang pesakit yang ditemani oleh isterinya bergegas dalam perjalanan menuju ke Hospital Putrajaya.

"Pemandu ambulans dan wanita tersebut hanya cedera ringan sementara pesakit terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada 5 Ogos lepas, sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit dan tiga kakitangan Hospital Slim River terbabas di Kilometer 368.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Ipoh, menyebabkan pemandu ambulans dan pesakit wanita maut di tempat kejadian. - Bernama