Suspek berusia 42 tahun dari Banting, Selangor itu diberkas pada pukul 11 malam selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika membawa lori tiga tan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sun Teoh Tia berkata, suspek diberkas oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 2 yang menerima maklumat awam mengenai kegiatan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu menemui sebanyak 240 kotak mengandungi 12,000 karton rokok putih jenama Canyon yang dipercayai dibawa masuk ke negara ini secara tidak sah.

“Turut dirampas ialah dua unit walkie talkie dan telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.