Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang, ikatan kecil daun ketum itu kemudiannya ditemui oleh dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah yang sedang melakukan tugas-tugas penguatkuasaan di Jalan Kota Bharu - Machang - Jeli.

Dua anggota berkenaan kemudian melihat sebuah lori tiga tan jenis Isuzu yang dalam keadaan mencurigakan sebelum mereka memanggil bantuan untuk menahan kenderaan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, menyedari kehadiran pihak polis pemandu lori berkenaan memecutkan kenderaannya sehingga polis terpaksa mengejar mereka sejauh dua kilometer sebelum berjaya ditahan.

KETUM
Azmi (tiga dari kiri) menunjukkan daun ketum yang dirampas. - Foto oleh GHAZALI BASRI

 

"Polis menahan pemandu lori berusia 34 tahun manakala kelindannya merupakan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun. Hasil pemeriksaan ke dalam lori berkenaan kita menemui 120 bungkusan hitam mengandungi daun ketum seberat 2.5 tan.

"Nilai keseluruhan rampasan daun ketum ialah kira-kira RM75,000 dengan sekilogram dijual RM30. Lori tiga tan tersebut dianggarkan bernilai kira-kira RM40,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - K! ONLINE