Dalam satu kenyataan semalam, Majlis Penasihat Kerajaan berkata, jawatankuasa itu dianggotai dua hakim bersara Mahkamah Rayuan iaitu Datuk KC Vohrah dan Datuk Mah Weng Kwai yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Turut dilantik, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brig. Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji; pensyarah undang-undang dan pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya, Prof. Emeritus Datuk Shad ­Saleem Faruqi dan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Datuk S. Ambiga.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.