NDCC dalam kenyataan berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia juga meramalkan tiada jangkaan hujan lebat akan berlaku dalam tempoh terdekat di negeri itu.

"Amaran cuaca yang dikeluarkan pada 4 petang, 6 Januari dengan ini ditamatkan," katanya.

Bagaimanapun, NDCC menasihatkan semua pihak agar mengekalkan keadaan siap sedia sekiranya kemungkinan berlaku lagi hujan lebat berterusan yang boleh mengakibatkan banjir. - Bernama