Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, angin kencang itu dijangka turut melanda perairan Selat Utara Melaka, Samui, Selatan Condore, Selatan Reef North dan Labuan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan air,” katanya.

Selain itu, angin kencang Selatan yang kuat 50 hingga 60km sejam serta ombak tinggi mencapai 4.5 meter dijangkakan berlaku di perairan Phuket, Utara Condore, Utara Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Keadaan ini turut berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk perkhidmatan memancing dan feri. - Bernama