Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain itu, angin kencang sehingga Ahad itu juga dijangka melanda kawasan perairan tengah Phuket, timur laut Condore, tengah Reef North dan Labuan dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dan ombak dijangka setinggi 3.5 meter.

Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. - Bernama