Ambilan TJP13 ditauliahkan pada 22 Ogos 1968 di Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur ke dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Sekretariat majlis, Leftenan Kolonel (B) Mohan Singh berkata, pertemuan yang julung-julung kali diadakan itu bersempena sambutan ke-50 tahun pentauliahan mereka.

Menurut beliau, ada dalam kalangan rakan-rakan ini tidak pernah berjumpa selepas meninggalkan perkhidmatan tentera.

“Kami berhadapan masalah untuk mengesan rakan-rakan kerana ada yang telah bertukar alamat.

“Pada masa sama, kita juga sedang mengesan bekas-bekas jurulatih untuk dijemput bersama,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui baru-baru ini.

Antara tetamu yang akan hadir ialah balu kepada Mejar Jeneral (B) Datuk Mustaffaa Awang iaitu Datin Firdaus Jamil.

Mustapha merupakan bekas Panglima 1 Divisyen Tentera Darat yang terkorban dalam nahas Nuri di Lundu, Sarawak pada 18 Disember 1989.

Sehubungan itu, alumni TJP13 boleh menghubungi pihak sekretariat di talian 017-8889 512 atau 016-2208 891 (Leftenan Kolonel Mohd. Yusof Abdul Razak). - K! ONLINE