Menurut Duta Argentina di Malaysia, Manuel Balaguer Salas, Kedutaan Argentina di Indonesia telah memaklumkan kepada pihaknya bahawa penculik yang juga bapa kepada kanak-kanak itu, Jorge Gabriel Langone, 41, kini berada dalam tahanan pihak berkuasa negara berkenaan.

Ibunya, Elizabeth Avalos, 27, telah diterbangkan ke Indonesia untuk disatu­kan dengan anaknya dan sedang dalam proses untuk membawanya pulang ke Argentina.

“Pihak media negara ini telah banyak membantu menyebarkan tentang kehilangan Alum, bukan sahaja di Malaysia, malah ke negara-negara Asia Tenggara sehingga membawa kepada penemuan mang­sa di Indonesia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.