Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas syarikat Sendayu Tinggi menerusi ruangan komen laman sosial Instagram anaknya itu menegur perbuatan jutawan kosmetik tersebut yang dikatakan tidak mengendahkan nasihat masyarakat termasuk dirinya.

“Mak tegur Kri (Aliff) tak dengar, Wardina tegur Kri siap pos komennya, Kalau mak tegur Kri padam. Mak dan semua orang sayang Kri. Kri insan baik.

“Jangan dekati kawan dan bantu golongan fasik murka Allah. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima, ada hadisnya,” tegur Rozita.

Rozita turut meminta maaf kerana membuat teguran melalui komen di Instagram milik penyanyi Abang Nak Tegur itu sambil menjelaskan beliau tidak mahu keluarga ditimpa bala dan dosa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.