Terdapat kesilapan gambar yang menggunakan sebuah al-Quran terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. yang tidak sepatutnya berlaku.

Siaran berita tersebut tiada kaitan dengan mana-mana naskhah al-Quran terbitan syarikat berkenaan.

Selain itu, naskhah al-Quran itu juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri.

Pihak editorial Kosmo! Online telah memadam siaran berita berkenaan bagi mengelakkan sebarang salah faham kepada semua pihak. – K! ONLINE