Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi membanteras penerokaan hutan yang dilakukan oleh tauke balak atau lombong yang hanya memikirkan keuntungan tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar, termasuklah kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Hasil lawatan kerja beliau bersama rombongan pihak kementerian ke Kampung Kuala Koh di sini, mendapati penduduk Orang Asli suku kaum Batek di kawasan itu menderita apabila sumber air sungai kegunaan harian mereka telah ditimbus oleh tanah akibat daripada pengurusan hutan secara tidak lestari.

“Hasil lawatan di kawasan pembalakan mendapati pengurusan syarikat terlibat tidak mengikut peraturan SOP yang ditetapkan.

"Kalau kita lihat trek atau aliran lumpur tidak ada dan anak sungai juga sudah ditimbus oleh tanah. Mereka tak buat palung sungai dengan betul dan hanya meletakkan kayu sehingga mematikan aliran sungai tu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, tinjauan yang dilakukan adalah untuk memastikan air yang diminum oleh Orang Asli di Kuala Koh bersih. - K! ONLINE

balak
Sumber air sungai kegunaan harian penduduk Orang Asli Kampung Kuala Koh telah ditimbus oleh tanah akibat daripada pengurusan hutan secara tidak lestari.