Yusuf yang juga Pengurus Syarikat Risk Group Management and Consultancy itu berkata, laporan polis dibuat terhadap kesemua lelaki berusia lingkungan 30-an itu selepas disyaki terdapat elemen sabotaj mengambil dan memberikan dokumen terbabit kepada pihak tertentu.

"Kami tidak pasti apakah tujuan mereka membocorkan maklumat akaun peribadi saya, dokumen rahsia dan fail milik pelanggan syarikat berkaitan kes Ah Long.

"Ia mungkin bertujuan untuk menjatuhkan imej saya, syarikat pengurusan ini atau PPIM," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM itu berkata, keempat-empat individu berkenaan telah bekerja dengan syarikat pengurusan tersebut sejak dua bulan hingga setahun lalu. - Bernama