Beliau berkata, Akta 774 yang diluluskan pada 4 Februari 2016 adalah ukuran bagi menjamin kualiti perkhidmatan dalam kalangan pengamal kesihatan dalam menyediakan kualiti penjagaan yang terbaik dan lestari untuk rakyat. 

Katanya, terdapat 23 kategori profesion sains kesihatan bersekutu di bawah Kementerian Kesihatan yang merangkumi tiga teras utama iaitu klinikal, kesihatan dan perkhidmatan makmal umum.

"Sistem Kesihatan di Malaysia semakin penting kerana negara ini mengalami peningkatan beban penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta peningkatan jangkaan rakyat," katanya. 

Dzulkefly berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Saintifik Kesihatan Bersekutu Kali Ke-12 2018 di sini hari ini. 
- LAGI