Menterinya, M. Kulasegaran berkata, beliau telah melihat secara menyeluruh akta tersebut dan draf penuh mengenai kajian akta itu dijangka akan siap sepenuhnya pada minggu depan.

Jelasnya, berdasarkan cadangan itu, kementerian bercadang untuk memasukkan lapan perkara baharu di dalam akta tersebut agar ia dapat disesuaikan dengan situasi pekerjaan di negara ini.

"Kita akan mengadakan dengan pemegang yang berkepentingan dalam industri pekerjaan, kesatuan pekerja, pekerja, badan bukan kerajaan (NGO) dan mereka yang boleh menyumbang input kepada akta ini.

"Lapan perkara baharu dalam akta itu juga sedang dalam proses untuk dibaca semula kerana beberapa akta itu terlampau lama dan tidak menepati keperluan pekerjaan pada masa ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Pesta Kerjaya Untuk Golongan Kelainan Upaya (OKU) di Yayasan Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Integrasi Nasional, A. Sivanesan dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri,  Howard Lee Chuan How.

Mengulas lanjut, Kulasegaran berkata, meskipun kementerian sudah mempunyai draf cadangan untuk mengkaji semula akta itu namun, ia belum dimuktamadkan.

Jelasnya, perkara tersebut akan diperhalusi dan ditapis dengan cadangan-cadangan yang diterima oleh pihak ketiga sebelum kajian akta tersebut dibentangkan. - K! ONLINE