Program yang mendapat itu juga bertujuan untuk mengurangkan pengambilan sodium dan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dalam diet penghuni rumah orang tua.

"Menerusi program ini, kami telah mengubah menu sedia ada di rumah orang-orang tua ini dengan mengikut kandungan yang rendah garam dan kaya dengan rasa umami sebagai pengambilan diet yang seimbang.

"Selain itu, dua buah buku masakan yang terdiri daripada 56 resipi turut diterbitkan dan ia boleh dijadikan panduan diet harian penghuni di sini," katanya.

Kenyataan tersebut memberitahu, satu menu dengan kandungan sodium yang rendah telah diamalkan di rumah orang-orang tua tersebut selama tiga bulan.

Tambahnya, menu tersebut telah menunnjukkan hasil yang positif iaitu perkumuhan garam dalam air kencing  dalam kalangan penghuni di rumah tersebut telah menurun sebanyak 19%.

"Menu yang telah diubah suai mendatangkan kesan yang lebih besar kepada tabiat pemakanan mereka di samping menunjukkan peningkatan yang drastik dari segi pengambilan sayur-sayuran dan mengurangkan pembaziran.

"Justeru, kami harap usaha ini akan diteruskan dan memberi kesedaran yang menyeluruh mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan yang harus dimulakan dengan mengubah tabiat pemakanan," ujarnya.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Ajinomoto dan program oleh komuniti IMU Cares.

Beberapa aktiviti turut diadakan dalam program berkenaan seperti pemeriksaan kesihatan, penjagaan kesihatan mulut dan pengenalan kepada pengambilan diet seimbang serta kandungan sodium yang rendah dalam makanan. - K! ONLINE