Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Baharudin Saleh, 61, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki RC100 dari Sabak Bernam menuju ke rumahnya di Batu 4 Sepintas.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, Perodua Kancil dipandu lelaki berusia 42 tahun telah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar mangsa.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa maut di lokasi kejadian manakala Perodua Kancil bersama pemandunya terjunam ke dalam parit sedalam satu meter," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Nor Azmi, pemandu kereta itu bagaimapaun hanya mengalami kecederaan ringan di kepala dan badan.

Beliau menambah, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE